Nadiah Nadhirah

Hi!

Life is not easy - 1998


Entries About


Chatting


Instagram


Aku disini kerana Allah.

Assalamualaikum.


24FEBRUARI2014

Pagi tu aku pergi sekolah macam biasa. Tapi, aku tahu je harini panggilan SBP ambilan kedua. Tapi aku macam 'oh hm okay'. Lepastu balik sekolah aku pergi la sekolah mak macam biasa. 
"adik dapat sbp"
"sbp mana?"
"sains tapah"
"oh, Alhamdulillah"
Allahu rabbi. Aku tak tahu macam mana perasaan aku masa tu. Aku gembira sebab ini impian aku. Aku sedih sebab............ Entah, aku sendiri tak pasti. Sampai rumah, terus aku buat sujud syukur. Lepastu aku nangis puas-puas. Aku tahu, ini yang terbaik untuk aku. Allah Maha Mengetahui.

selamat tinggal Semetro.
"Dan..........aku akan rindu"

5MAC2014

Harini pendaftaran aku dekat sesta. Dalam perjalanan nak ke sains tapah tu aku diam je, macam-macam aku fikir. Bila dah sampai, terus ke dewan. Isi borang, bayar yuran semua. Then terus masuk dorm (first dapat dorm 4 ground floor), kemas barang. Lepastu...............mak abah balik (paling sedih) Tapi, aku tak nangis tau. Muka tetap kena cool. Tapi, dalam hati Allah je tahu. Esoknya pergi sekolah terus kena exam. Addmath pulak tu. Stress. Menangis. 3 hari aku homesick teruk. Tahap orang tidur aku menangis la. Bila call mak tahan air mata je. Feeling better then. Dah boleh biasakan diri dengan 'asrama life'. Walaupun kadang-kadang aku rasa macam nak lari balik. Alhamdulillah, new experience. Seronok.InshaAllah, mudah-mudahan aku boleh hidup di bumi sesta ni. Amin. Paling tak boleh blah aku countdown bila nak balik bermalam. Wiwiwiwiwiw.

Alhamdulillah. Allah pilih aku untuk ke bumi sesta. Terima kasih untuk semua yang mendoakan kejayaan aku selama ni. Cikgu-cikgu, terima kasih. I'm nothing without all of you. Semoga aku menjadi seorang yang lebih kuat, tabah, matang dan jadi seorang yang lebih solehah (yang ni yang ni hahahah). Terima kasih kawan-kawan yang sentiasa ada untuk aku. InshaAllah. Moga kejayaan sentiasa ada untuk kita. Ingat pesan ustazah "Doa.Usaha.Tawakkal" 

Sampai sekarang aku rasa macam ........... mimpi. Allah, semoga kau permudahkan segala urusanku. 

with love
; Nadiah Nadhirah