Nadiah Nadhirah

Hi!

Life is not easy - 1998


Entries About


Chatting


Instagram


Alhamdulillah dan Tahniah 98's

Assalamualaikum 😀 ((tak jawab dosa, kalau jawab sayang huhu ok gurau))
Yayyy dah boleh cuti dengan tenang aman damai serta tiada tekanan perasaan sebab result spm dah keluar. Dulu tak bahagia cuti sebab asyik fikir "apalah nasib diri ni hmmm"(sambil dengar lagu justin bieber) 

3 March 2016

Spm's result gais! Malam tu tak tipu memang tak lena beb rasa nak nangis je sepanjang malam. 5:30 am dah terjaga selalunya subuh gajah mak aku panggil alhamdulillah pagi tu subuh semut eh ok tak kelakar 😂. Around 8:30am dah bertolak dari rumah. Eh mestilah cari kedai makan dulu untuk breakfast mana boleh tak makan nanti kelaparan. Makan nasi lemak tapi ada la dalam 3-4 suap ya Allah ini la first time aku takde selera nak makan. Dah la pergi kedai makan pakai baju sekolah kau rasa?! Satu kedai makan tahu aku nak pergi ambil result spm. Kemain bahagia pakcik makcik dekat situ ucap semoga berjaya ada makcik tu mai tepuk belakang pesan jangan takut sangat (bertakung ayaq mata dengan depa ni) Ok ok dah sampai dewan cikgu sebut nama siapa straight As naik stage ambil slip and of course la tiada nama aku hahahahahahahahahaha. Then cari kelas 5 Bougainvillea tengok tengok bukan ustazah yang jaga sebab tahun lepas ustazah ada cakap "tahun depan awak ambil slip bukan saya yang bagi sebab masa tu saya dah nak bersalin". Masa beratur tu Allah je tahu apa aku rasa kalau boleh pilih untuk pengsan aku pilih pengsan! Tapi tak boleh. Bila dah sampai giliran cikgu tanya nama apa aku tunjuk je nama dekat list kelas tu lepastu kena sign haaa macam biasa aku conteng huhu.

Lepas tengok result hahahahahaha syukur Alhamdulillah. Boleh kira A guna dua tangan ✋✋ hehe. Bila tengok slip im proud of myself "ini apa yang aku usahakan selama ni". Bila your parents senyum lepastu hug you then they cried with you dalam hati dah berbunga bunga. Aku tak pernah doa untuk straight As aku sentiasa doa supaya Allah bagi keputusan yang terbaik untuk aku untuk masa depan aku and well this is the best. Alhamdulillah. Impian aku nak mak abah peluk nangis ucap tahniah itu je. And you know what its happen aaaaaaaa 😭😭😭 


Mata bengkak huhu kalau tak nangis bukan nadiah weh bukan! Memang dari kecik kerja aku nangis je dah macam hobi dah banyak betul air mata aku tak pernah kering 😂. Kalau kau asyik pandang orang atas kau memang kau tak akan bersyukur. Bayangkan orang bawah kau yang impikan keputusan apa yang kau dapat yang impikan satu family datang meraikan (ye aku bawak satu family datang nasib 5 orang je kalau 12 orang ok takyah fikir hehe) weh bersyukur sangat sangat and im proud. Ingatkan addmath gagal sekali A- bapak la pandai gak aku lepastu teriak takabbur weh rezeki je weh aku selama ni lulus boleh bilang dengan jari kaki je. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. 




Terima kasih semua yang mendoakan yang memberi ilmu yang berkorban harta terima kasih. Ye aku bawak satu family ni nasib baik result ok kalau tak hm mahu bengkak kepala aku kena sekeh. Lepastu kita berpartyyyyy pergi makan la apa lagi. Mak abah along semua ambil cuti tau i love uols more muah hehe. 

Okay perjalanan hidup masih jauh makin mencabar lagi banyak lagi duri kena lalui. Doakan semoga semuanya dipermudahkan. Ini baru cerita spm dah panjang ni kalau aku kahwin cerita dia panjang mana kau agak agak? Doakan aku jumpa cita cita bukan cinta yang menyesatkan sanubari suci murni ni huhu. Nak jadi engineer ke accountant ataupun ambil business je ke nak ambil medic. Ya Allah konfliknya hidup aku. Penuh drama! Semoga aku mampu buat yang lebih baik dekat uni nanti (konflik gak nak pilih uni nak yang dekat dengan rumah aje heh). Apapun course aku pilih semoga aku mampu bekerja untuk ummah nanti doakan doakan. 

xoxo, Nadiah Nadhirah