Nadiah Nadhirah

Hi!

Life is not easy - 1998


Entries About


Chatting


Instagram


Alhamdulillah dan Tahniah 98's

Assalamualaikum 😀 ((tak jawab dosa, kalau jawab sayang huhu ok gurau))
Yayyy dah boleh cuti dengan tenang aman damai serta tiada tekanan perasaan sebab result spm dah keluar. Dulu tak bahagia cuti sebab asyik fikir "apalah nasib diri ni hmmm"(sambil dengar lagu justin bieber) 

3 March 2016

Spm's result gais! Malam tu tak tipu memang tak lena beb rasa nak nangis je sepanjang malam. 5:30 am dah terjaga selalunya subuh gajah mak aku panggil alhamdulillah pagi tu subuh semut eh ok tak kelakar 😂. Around 8:30am dah bertolak dari rumah. Eh mestilah cari kedai makan dulu untuk breakfast mana boleh tak makan nanti kelaparan. Makan nasi lemak tapi ada la dalam 3-4 suap ya Allah ini la first time aku takde selera nak makan. Dah la pergi kedai makan pakai baju sekolah kau rasa?! Satu kedai makan tahu aku nak pergi ambil result spm. Kemain bahagia pakcik makcik dekat situ ucap semoga berjaya ada makcik tu mai tepuk belakang pesan jangan takut sangat (bertakung ayaq mata dengan depa ni) Ok ok dah sampai dewan cikgu sebut nama siapa straight As naik stage ambil slip and of course la tiada nama aku hahahahahahahahahaha. Then cari kelas 5 Bougainvillea tengok tengok bukan ustazah yang jaga sebab tahun lepas ustazah ada cakap "tahun depan awak ambil slip bukan saya yang bagi sebab masa tu saya dah nak bersalin". Masa beratur tu Allah je tahu apa aku rasa kalau boleh pilih untuk pengsan aku pilih pengsan! Tapi tak boleh. Bila dah sampai giliran cikgu tanya nama apa aku tunjuk je nama dekat list kelas tu lepastu kena sign haaa macam biasa aku conteng huhu.

Lepas tengok result hahahahahaha syukur Alhamdulillah. Boleh kira A guna dua tangan ✋✋ hehe. Bila tengok slip im proud of myself "ini apa yang aku usahakan selama ni". Bila your parents senyum lepastu hug you then they cried with you dalam hati dah berbunga bunga. Aku tak pernah doa untuk straight As aku sentiasa doa supaya Allah bagi keputusan yang terbaik untuk aku untuk masa depan aku and well this is the best. Alhamdulillah. Impian aku nak mak abah peluk nangis ucap tahniah itu je. And you know what its happen aaaaaaaa 😭😭😭 


Mata bengkak huhu kalau tak nangis bukan nadiah weh bukan! Memang dari kecik kerja aku nangis je dah macam hobi dah banyak betul air mata aku tak pernah kering 😂. Kalau kau asyik pandang orang atas kau memang kau tak akan bersyukur. Bayangkan orang bawah kau yang impikan keputusan apa yang kau dapat yang impikan satu family datang meraikan (ye aku bawak satu family datang nasib 5 orang je kalau 12 orang ok takyah fikir hehe) weh bersyukur sangat sangat and im proud. Ingatkan addmath gagal sekali A- bapak la pandai gak aku lepastu teriak takabbur weh rezeki je weh aku selama ni lulus boleh bilang dengan jari kaki je. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. 




Terima kasih semua yang mendoakan yang memberi ilmu yang berkorban harta terima kasih. Ye aku bawak satu family ni nasib baik result ok kalau tak hm mahu bengkak kepala aku kena sekeh. Lepastu kita berpartyyyyy pergi makan la apa lagi. Mak abah along semua ambil cuti tau i love uols more muah hehe. 

Okay perjalanan hidup masih jauh makin mencabar lagi banyak lagi duri kena lalui. Doakan semoga semuanya dipermudahkan. Ini baru cerita spm dah panjang ni kalau aku kahwin cerita dia panjang mana kau agak agak? Doakan aku jumpa cita cita bukan cinta yang menyesatkan sanubari suci murni ni huhu. Nak jadi engineer ke accountant ataupun ambil business je ke nak ambil medic. Ya Allah konfliknya hidup aku. Penuh drama! Semoga aku mampu buat yang lebih baik dekat uni nanti (konflik gak nak pilih uni nak yang dekat dengan rumah aje heh). Apapun course aku pilih semoga aku mampu bekerja untuk ummah nanti doakan doakan. 

xoxo, Nadiah Nadhirah    



SPM done.

SalamAlaykum!


Phew. Alhamdulillah, SPM selesai(clap, clap, clap)  Tahniah 98's!! Doa & Tawakkal. Semoga Allah bagi keputusan yang terbaik. Doakan saya :) Dah habis dah sekolah yes yes. Im not good with words. Straight forward ok. Thanks for the beautiful memories. Thank you sebab ajar aku jadi lebih matang dan lebih kuat (eh takde muscle nak tunjuk sorry) Banyak sangat pengalaman, pahit manis. Kena rotan sebab turun subuh lambat, kena round sekolah sebab tak turun riadah, berdiri dalam kelas sampai habis waktu sebab tak siap homework, bangun awal pagi semata-mata nak basuh baju guna washing machine, stay up, cerita hantu (mak cik karipap paling win) and too many moreeeee. Banyak sangat. I'll miss those crazy things we did together. Lepasni tak ada dah semua ni. Tak jumpa dah kawan-kawan yang marah aku sebab lemah (award for haslin) tak ada dah kawan-kawan menganjeng, kawan yang sanggup stay up cerita kisah hidup, kawan yang gelak dengan lawak hambar aku. I miss you so much (alaaa asal dah nangis?! cengeng tau)

Rakan-rakan,
Semoga lebih berjaya lepas ni. Jauh lagi perjalanan hidup kita. Banyak lagi yang kita kena tempuh. Lagi besar dugaan hidup lepas ni. Semoga semua lebih kuat dan tabah ya (emoticon muscle tu) Semoga Allah sentiasa ada dengan kita. Xanthrons, thank you & i love you.



PMR 2013

Assalamualaikum. Memandangkan harini keputusan pt3 keluar, tetiba teringat balik masa pmr dulu. Congratulations for those yang berjaya dan kepada yang kurang berjaya its okay jalan masih jauh.

19 Dec 2013

Seperti yang diumumkan dalam berita tv3 harini akan diumumkan keputusan pmr seluruh Malaysia. And I was like hmm okay... Malam tu tidur lena siap mimpi main layang-layang (motif sangat apahal layang-layang kan) Bangun solat subuh terus mandi. Tak macam biasa bangun solat subuh terus tidur balik muahahaha. Dalam pukul 9pagi aku dah bersiap dengan baju sekolah lepastu cakap dalam hati "janji jangan nangis kalau result teruk. janji". Terus pergi sekolah dengan mak abah. Dalam kereta semua diam. Aku diam. Abah diam. Mak diam. Memasing layan perasaan mungkin. Sampai kat sekolah tengok dah ramai lagi la aku cuak beb. Aku ajak mak abah duduk dekat 'balai nilam' sebab tempat tu macam jauh sikit dari orang. Mak suruh check online sebab lagi cepat katanya. Aku menjawab dengan tenang "takpe, adik boleh sabar" ecewahh hahahaha. Nampak hilux hitam pengetua dari jauh aku dah eyy eyyyyyy.

Lepastu naik dewan. Ramainya!! Langkah kaki masuk dewan terus cakap dalam hati "aku dah usaha, aku kena redha. dewan ni saksi" Aku pilih untuk duduk dengan mak abah instead of dengan kawan kawan yang masing-masing ada group masing-masing. Normal, assabiah kelas hahahaha. Aku perati je semua dari jauh. Tiba-tiba cikgu Jasni which is cikgu kelas aku merangkap cikgu Geografi aku datang. Muka cikgu ya ampun cuak gila beb ini seriuos tak tipu. Sebab aku ni geografi memang tak boleh go. Even test geografi boleh tengok buku pun aku still dapat B apa citaaaa. Cikgu salam abah "5 orang 8A tahun ni" aku dalam hati &%$#@!* (entah beb tak boleh describe hahahaha) lepastu cikgu cakap "nadiah straight A" aku macam wehhhhhhhh betul ke? terus nangis peluk abah cium mak. Semua orang tengok aku nawwwwww whats happen semua orang macam "nadiah kenapa" alaaaaa semorang pelik apahaallll

Nak ambil result kena la berbaris. Baru nampak macam berdisiplin gitu. Aku baris depan Farid. "Weh nadiah relax ah aku dah tahu result kot" "kau berapa" "4A 4B" aku diam. dia diam. Tetiba sampai gosip "Alia dapat 7A 1B" Alia masa tu dah nangis call ayah dia. Then sampai pulak berita "Wanny dapat 8A" Wanny macam biasa takde perasaan muka dia ya rabbi.. kosong. Lepastu nampak Ain lompat atas stage pegang result sambil peluk ayah and adik dia hm 8A la tu. Sampai giliran aku cikgu bagi pen. Aku macam "nak result bukan pen". Cikgu macam faham terus cakap sign sini untuk majalah sekolah. Aku sign entah sign siapa aku main conteng je. Menggeletar. Cikgu cari nama aku kemain lama and I was like "meh saya cari sendiri meh" jeng jeng terus jumpa. aku tengok result. Speechless. Takde B. Takde C. Takde D. Takde E. Serious semua A? Ahhhhh.. Terus peluk mak abah nangis sedu-sedu. Cengeng tau. Abah mak nangis and I was like yes i did it. Alhamdulillah terima kasih Allah atas kejayaan ini atas kegembiraan ini.

Spm tahun depan. Semoga Allah sentiasa bersama aku beri aku kekuatan & kesabaran untuk terus menerus mencari ilmu. InshaAllah

Wish me luck

;Nadiah Nadhirah 


Aku disini kerana Allah.

Assalamualaikum.


24FEBRUARI2014

Pagi tu aku pergi sekolah macam biasa. Tapi, aku tahu je harini panggilan SBP ambilan kedua. Tapi aku macam 'oh hm okay'. Lepastu balik sekolah aku pergi la sekolah mak macam biasa. 
"adik dapat sbp"
"sbp mana?"
"sains tapah"
"oh, Alhamdulillah"
Allahu rabbi. Aku tak tahu macam mana perasaan aku masa tu. Aku gembira sebab ini impian aku. Aku sedih sebab............ Entah, aku sendiri tak pasti. Sampai rumah, terus aku buat sujud syukur. Lepastu aku nangis puas-puas. Aku tahu, ini yang terbaik untuk aku. Allah Maha Mengetahui.

selamat tinggal Semetro.
"Dan..........aku akan rindu"

5MAC2014

Harini pendaftaran aku dekat sesta. Dalam perjalanan nak ke sains tapah tu aku diam je, macam-macam aku fikir. Bila dah sampai, terus ke dewan. Isi borang, bayar yuran semua. Then terus masuk dorm (first dapat dorm 4 ground floor), kemas barang. Lepastu...............mak abah balik (paling sedih) Tapi, aku tak nangis tau. Muka tetap kena cool. Tapi, dalam hati Allah je tahu. Esoknya pergi sekolah terus kena exam. Addmath pulak tu. Stress. Menangis. 3 hari aku homesick teruk. Tahap orang tidur aku menangis la. Bila call mak tahan air mata je. Feeling better then. Dah boleh biasakan diri dengan 'asrama life'. Walaupun kadang-kadang aku rasa macam nak lari balik. Alhamdulillah, new experience. Seronok.InshaAllah, mudah-mudahan aku boleh hidup di bumi sesta ni. Amin. Paling tak boleh blah aku countdown bila nak balik bermalam. Wiwiwiwiwiw.

Alhamdulillah. Allah pilih aku untuk ke bumi sesta. Terima kasih untuk semua yang mendoakan kejayaan aku selama ni. Cikgu-cikgu, terima kasih. I'm nothing without all of you. Semoga aku menjadi seorang yang lebih kuat, tabah, matang dan jadi seorang yang lebih solehah (yang ni yang ni hahahah). Terima kasih kawan-kawan yang sentiasa ada untuk aku. InshaAllah. Moga kejayaan sentiasa ada untuk kita. Ingat pesan ustazah "Doa.Usaha.Tawakkal" 

Sampai sekarang aku rasa macam ........... mimpi. Allah, semoga kau permudahkan segala urusanku. 

with love
; Nadiah Nadhirah



Congratulations! #ConvoUniten


Assalamualaikum. 11 November 2013 lepas pergi Uniten Bangi untuk convocation along. Along kan anak sulung. So this is our first time nak hadapi convo convo ni. Kitaorang sampai sehari sebelum convo. So, kami satu family duduk dekat Residence Uniten Hotel yang ada dalam Uniten tu jugak. Dekat sikit untuk pergi convo esok. Malam tu jalan-jalan, pergi makan. Dalam pukul 5:00 pagi macam tu, Along dah bangun siap-siap. Awal nawwww. Aku dengan angah still atas katil. Hahahaha kuasam sangat adik adik along ni. Pukul 6:00 pagi mak kejut suruh bangun siap-siap pulak.. Lepas siap terus pergi dewan. Mak abah dah masuk semua, aku dengan angah duduk kat luar je. Yelah, pass masuk untuk 2 orang je kan. Kami beli makanan sebab tersangat lapar. Mahal beb makanannye. Lepastu angah sakit perut pulak -.- Terpaksa jalan kaki balik hotel. Jalan kaki okayyyy. Saja nak buat aku kurussss kan! Lepas dah siap semua. Jalan kaki la pulak balik ke dewan.

Ramai gila lah yang tunggu kat luar. Nasib hias khemah lawa. Semangat sikit aku nak tunggu kan kan kan.


Aku dengan angah share duit untuk beli ini. Terharu tak along?

Memang bosan la duduk dekat luar dewan kan. Nasib ada ramai lelaki handsome (lempang diri sendiri sekarang!). Dekat luar kan ada letak tv untuk orang luar tengok. Jadi, kami nampak along terima Ijazah dekat situ je la. Cakap 'Tahniah' dalam hati. 


Lepas berjam-jam tunggu, keluar pun along. Yay dah graduate! 

Kesayangan hati beta .

Angah siapa ni? Emmmmmmm 

Gambar sendiri wajib ada. Nak merasa jugak kan pakai jubah tu.

Along, congratulations for your graduation day! We are so proud of you. I want to be like you someday. Finally, after almost 4 years Along dapat genggam segulung Ijazah kan. Alhamdulillah. 

Ini nasi! Okay semua orang tahu :p Lepas dah selesai semua. Baru boleh pergi cari makan. Time tu perut aku bukan lagu balada lagi. Dah lagu rock oii. Nasib mak dan abah sangat memahami perut aku. Aw. 

Angah will be next. Okay, thats all.

                                                                                                    ; Nadiah Nadhirah